17 March 2010

Mac 2010 dah nak berlabuh dah

Hi there, meet again.

Ya Allah, bulan Mac ni macam2 perkara jadik. Setakat hari nih, aku bukan main sibuk dengan kerja, bukan sibuk main2, sibuk betol2 tuh.. Asal boleh jer sampai umah mesti malam..

Last Sunday, aku bawak seluruh keluarga aku (Ilah, Aufa & Fazy) naik Genting Highlands.. Tak tau apa punca yang kami plan nak naik Genting, tapi petang Ahad tu memang aku rasa sangat tepu dok dalam umah.. So pas lunch saja jer aku bagi idea kat Ilah kata nak naik Genting.. So bertolak dalam jam 6.30pm sampai dalam jam 7.45pm. Walaupun dekat jer ngan umah aku, cumernyer ujan sangat lebat (takut jalan licin) dan aku first time naik Genting ngan keta.. Nak carik tempat paking pun teraba2 kat sana. Main redah jer paking kat apa ntah nama tempat tu, tapi banyak la keta yang ada kat situ.. Aku harap2 naik Genting dapat la sejukkan badan sikit, tapinyer kat atas sana panas gak.. Kami pusing2 dan Ilah ngan Fazy masuk snowWorld.. aku tak leh masuk sebab Aufa tak leh masuk sana sebab baru 10 bulan, so aku merayau la ngan Aufa, usha aweks (hahahaha).. Masa nak turun (dalam kul 11.00pm) baru terasa sejuk mula menusuk kalbu.. muahahahaha..

Kerja

Hmmm, makin hari makin susah nak di jelaskan mengenai pergolakan dalam pejabat aku nih.. cumernyer aku berharap semuanya akan berjalan lancar.. yang aku kesalkan, aku tak sempat nak berguru habis ngan boss department aku (nak resign) hurgh... rugi rugi.. arghhh malas cerita panjang2 pasal keje..

Ilah

Alhamdullilah, kandungan ilah dah nak masuk 3 bulan dah.. ilah makin hari makin ngadu sakit pinggang, letih.. tak per.. aku faham adat orang ngandung.. aku doakan semoga semuanya berjalan lancar sehingga la kelahiran anak kami yang ke-2 nanti.. Mungkin ini akan membuat cinta aku makin kuat terhadap ilah.. seriusly, tak der sapa dalam dunia nih yang dapat menandingi dier..

Aufa

Makin hari makin buas, adat la budak.. makin hari makin perasaan ingin tahu dier mkain kuat.. habis semua benda dalam umah ni dier nak kaji.. muahahaha.. akibatnya, sofa umah aku terpaksa aku korbankan (aku sedekah kat jiran) sebab Aufa dok memanjat.. Takut gak kot2 kang tersembam muka & kepala atas lantai.. Yang bestnya, Aufa suka bila umah aku nampak lagi lapang la bila semua dah tak der, merangkak toksah kira, lajuuuu jer..

Ok la kot, got to go..

Lain kali sambung.

Adioz Amigoz

18 February 2010

Cuti Raya Cina 2010

Salam,

Alhamdulillah, cuti lama sikit aku kali nih.. ada misi sebenarnya aku balik kampung kali nih.. Niat aku untuk mengembalikan kasih sayang & kepercayaan semua pada aku balik.. Alhamdulillah, berkat kesabaran semua berjalan lancar.. Habis aku amik hati keluarga mertua aku.. Keluarga aku macam biasa la, aku la hero depa, dulu, kini & selamanya..

So, balik kali nih, dari KL hari Jumaat lepas (sebab tak jadik gi Sarawak, Aufa demam) so bertolak la malam lepas Maghrib, sampai Taiping jam 2 pagi.. Mak aku sempat masak Ketiau goreng kegemaran aku tuh (terima kasih Mak).. Terus tidor pastu, bangun esok pagi, cadangnya nak ke bengkel keta (repair kat Taiping murah sikit), tapi mata ni macam tak mengizinkan aku untuk bukak (alasan jer tuh).. Natijahnya, tidor sampai tengahari.. Petang tu terus balik Selama..

Sampai Selama, makan Rojak Singapore yang sudah menjadik kemestian untuk aku beli kalo balik Taiping.. Malam tu lepak berborak jer.. Pagi Ahad aku tanya mertua aku nak jalan mana, sebab saja nak spent time ngan depa.. So sampaila kami sekeluarga ke Kulim ngan Pantai Merdeka, melawat sanak saudara.. Sampai umah still 2 pagi gak.. ngeh ngeh.. letih badan dan mata aku tolak tepi janji mertua aku heppi..

Isnin petang plak, aku ajak mertua aku kuar gi umah Maksu kat Bagan Serai ngan lajak ke Kuala Kurau.. Sampai umah around 1 am gak.. ngantuk toksah kata la, tapi aku puas hati.. Inilah mission aku balik kali nih.. Janji semua heppi..

Selasa petang aku balik Simpang umah mak ayah aku plak..Letih gak, tapi malam tuh aku gi gak umah Paklang aku sebab lama dah aku tak jenguk depa nih.. Ini la sahaja pakcik yang aku ada yang masih rapat ngan aku (sebenarnya baru jer rapat)..

Aufa...

Sekarang dah pandai merangkak, lajuuuuu tuhh.. kalah mat rempit.. habis satu umah dier dah tour sendirik, pandai lak naik turun tangga sendirik, tanpa segan silu, tanpa rasa takut.. hmmm, anak jantan la katakan.. Menjerit no 1 skang nih, ntah apa ntah yang nak disembangkan dan banyak plak cerita dier nak bagitau..

Rezeki...

Masa aku tengah menaip nih, Ilah ngandung lagik.. Anak ke-2 kami.. aku doa semoga semua berjalan lancar, ilah & baby aku sihat hendaknya..

Konflik diri aku masih ada lagik nih, aku ada solutions cumer tak tau biler nak buat.. Ya Allah berikan lah aku kekuatan untuk menempuh segala dugaanMu... Ameeennnn..

Stop dulu,

Adioz amigoz...

07 February 2010

Aufa demam..

Salam,

Hari ni Aufa demam.. start demam lewat petang tadik plak tuh, so malam tadik bawak dier la gi Klinik Sri Indah.. Doctor senang jer, kasik masuk satu ubat ikut lubang juboq, terus selang 20 minit Aufa dah start berpeluh dan mula rasa tak selesa..

Lepas dari klinik, aku singgah makan dekat kedai belakang shell area gombak (dekat ngan Giant) ngan wife & adik ipor aku sekali.. lapor beb, tak makan dari tengahari..

Adioz Amigoz

04 February 2010

Aufa dah 9 bulan

Salam,

Tanggal 3 Feb 2010, Aufa dah 9 bulan dah umur dier.. Hahahaha, makin buas dan nakal.. Aku happy sangat sekarang ni dengan kehidupan, ada isteri & anak, rakan2, dan semua la yang menyayangi aku.. Thanks to all of you..

Entah la, aku ni jenis yang tak suker orang yang repetitive cakap benda yang sama.. Dah cakap sekali, cukup la.. Nampak macam aku tak amik kisah tapi sebenarnya aku tau apa yang terjadik.. Tak yah berulang kali cakap benda yang sama ngan aku, tak der maknenyewwwwww.. Hahahahaha

So skang ni, keje aku ok jer, cumernyer feel nak keje tu dah makin kurang.. Tak macam dulu, semangat jer nak datang opis awal, nak buat keje.. Tapi sekarang dah kemana hilangnyer semua tu aku tak tahu.. Mungkin itula cabaran aku sekarang nih.. Aku kena bertahan selagi mampu demi untuk masa depan aku sendirik.. Tapi, biler keadaan memaksa dan aku perlu untuk berundur diri, aku akan pergi.. Mungkin rezeki aku bukan bertahan lama kot kat sini.. Tapi hopefully biarla dalam 2 - 3 tahun lagik kot.. Banyak benda yang aku nak fulfill skang nih..

So ok la, next week aku nak kena gi Sarawak plak (Bintulu ngan Kuching), as usual.. Sambung nanti2...

Adioz Amigoz

30 January 2010

Pikir punya pasal

Hello,

Skang ni macam-macam yang terjadik di Malaysia. Aku tak tahu la kenapa yang banyak sangat peristiwa yang terjadik. Yang paling aku kesal ialah kes baling kepala babi dalam masjid tuh.. sungguh kurang ajar sapa yang buat camtuh.. tak der otak.. hope polis akan dapat selesaikan masalah tu dengan kadar yang segera..

Ok, bukan itu yang terlalu bemain di kepala aku sebenarnya.. Aku sekarang ni memikirkan mengenai hala tuju masa depan aku ni.. Alhamdullilah sekarang aku dah boleh menarik nafas lega sikit (sikit jer la) kalo nak dibandingkan dengan dulu. Keje aku ok, family ok, perasaan ok.. Just nak carik cara macam mana nak ok kan lagik tuh jer.. Bukan la kata aku mengejar kekayaan duniawi, tapi mungkin itula yang menjadi keutamaan dalam dunia ini sekarang.. No Money No Talk..

Aufa malam tadik buat perangai nak main kul 2am.. Jenuh gak nak bagi dier tidor.. Last2 aku angkat dier keluar bilik letak dalam buai kat ruang tamu umah aku.. Dengan aku ngan Ilah tertidor kat luar..Sekarang ni Aufa dok tidor lagik, Mummy keje pagi ini hari.. So selalunya dalam kul 10 kang Aufa akan bangun, baru aku bagi makan ngan mandi.. Pastu tidorkan dier balik.. Tak der la susah sangat nak jaga anak ni sebenarnya..Just kena tahu kerenah dan tingkah laku dier ajer..

Pasal keje sekarang ni ok jer.. Cumer menunggu sapa la yang nak ganti HOD aku sekarang.. Kalo nak dibandingkan sejujurnya tak der sapa yang mampu ganti tempat dier.. Terlalu banyak benda yang aku belajar dari dier.. Nampak jer baik tapi garang & ganas nak mampus.. Hahahaha sorry boss.. So last day dier keje end March 2010, so pastu orang lain akan ganti dier.. Hope orang nak ganti dier tu sebaik dier or lebih baik dari dier.. Mudah2an.. Kalo tak masak gak nak keje.. Ngeh ngeh ngeh..

Cukup untuk kali nih, nanti sambung..

Adioz Amigoz..

28 January 2010

Letih la ini macam

Salam all,

Jumper lagik, aku kali ni masih lagik selsema, so berulang ke toilet jer la nampak nyer.. asal lama sikit penuh dah hidung aku nih..

Tiba-tiba rindu pada kawan-kawan semua. Tak kira la kawan sekolah rendah, sekolah menengah sampaila kawan-kawan kat UIA dulu.. Banyak kenangan tu, sekolah menengah la kalo aku diberi peluang aku nak rasa sekali lagik, heheheh.. Kenangan panjat pagar kuar malam-malam, kantoi ngan cikgu kat stesen keretapi, panjat pagar dengan budak pompuan.

Teringat kat cikgu-cikgu yang mengajar aku pun sama.. Banyak benda la yang aku nak kalo boleh ulang sekali lagik.

Ok lah, nanti sambung lagik.

22 January 2010

Demam satu keluarga


Salam,

Hi all.. Kembali lagi..

Masa aku tulis nih, aku demam dan selsema sebenarnya. Aku gagahkan jugak tangan & minda aku ini untuk mencoret sedikit sebanyak dalam blog nih.. Sekurang2nya aku dapat menenangkan hati yang tengah gundah gulana ini sebab demam.

Hmmm, motivasi untuk keje makin berkurangan. Banyak faktor dalaman pejabat yang membuatkan aku merasa makin tidak excited untuk bekerja. Ntah la apa yang harus aku buat. Seorang dengan sebuk melobi, sorang nak resign, sorang nak tak nak buat keje dll. Aku bukan la nak kata aku jer yang pandai sangat buat keje, cumernyer benda ini akan effect aku nanti. Harap2 keadaan ini akan kembali reda nanti dan semua akan pulih seperti biasa.

Mak ngan ayah aku skarang ni berada di Tanah Suci Mekah menunaikan Umrah. Seronok tengok depa dapat pergi lagik ke sana sebab dah memang menjadi rutin ayah aku untuk ke sana. Pada dia Mekah dan Madinah adalah tempat melancung yang paling happening sebab leh jalan2 sambil dapat pahala. Tak kisahla asalkan depa bahagia. Banyak kali gak depa call aku kali ini, mungkin rindu pada Aufa.

Aufa plak..

Dah berjaya merangkak dengan betul dengan menangkat kaki dia betul2. Tu pun dier berjaya buat kat umah 'awek' dia (amsyar). Mummy kata 'depan awek semua boleh, kalo kat umah pemalas'. Hehehehe.. kecik2 sudah tunjuk lagak nih.. Apa2 pun Aufa sangat sihat, sangat keras badan.. Sampaikan orang tak percaya badan Aufa untuk budak 8 bulan. Hmm, bukan la nak kata Aufa gemuk or chubby sangat, cumernyer badan dier memang keras (hantap).. Like father like son..

so cukup untuk kali ni dulu.. Ada masa kita sambung

Adioz amigoz

10 January 2010

Marhaban Marhaban Ya 2010

Salam,

Marhaban Tahun Baru 2010, semoga tahun baru ini akan menjadi lebih baik dari tahun lepas..

So, untuk aku, Tahun 2010 ni bermula dengan sinar yang cerah. Aku diserap masuk sepenuhnya dalam company, kalo tak aku just an external consultant jer.. Syukur alhamdulillah.. Azly kata berkat rezeki Aufa, ya betooollll aku setuju (sebab aku adalah manusia yang berpegang teguh pada konsep rezeki Allah).

So kompani baru, tugas baru yang lebih mencabar kena pikul. Aku tak kisah sangat sebab aku suka pada cabaran kerja. Cumanya, dalam opis aku sekarang ni tengah banyak staff yang dimotivated untuk bekerja atas faktor2 dalaman pejabat. So harap2 aku tak affected by this.

Aufa dah masuk 8 bulan dah sekarang. Makin buas dan dah makin tak reti nak dok diam. Merangkak belum berjaya lagik, tapi menjuluq jer dari depan umah sampai la ke dapur. Ada la satu malam tu, bini aku keje malam, so aku la kena jaga dier. Penat sangat kot aku nih, sampai aku tak sedar bila masa yang dier bangun dan berjaya melarikan handphone aku dan spec mata aku. Terkajut gak aku di buatnya bila mencari dier tak jumper, nasib baik biler aku jerit nama, dier nak menyahut.. Rupanya dah dalam bilik tengah kat umah aku rupanya.. Hish hish..

Untuk tahun ni, aku berazam untuk menulis selalu di dalam blog ni la. Kat sini jer la yang aku boleh coretkan segala isi hati aku untuk tatapan aku sendiri. So untuk kali ini, sebagai pembuka bicara, aku berhenti seketika di sini, nanti sambung lagi..

Adioz Amigoz.

M Azuar