27 April 2011

May - Sinar

Selamat pagi semua,

Dekat berapa kali ntah la aku melayan lagu nih sejak dua menjak nih. Entah kenapa tapi aku rasa lirik dia sangat best. Dan yang menambahkan best lagi, suara si Mus nih memang kelassss gitu..

Layan......

22 April 2011

Hari Jumaat Penghulu segala hari

Hello geng,

So arini hari Jumaat, yang juga dipanggil penghulu segala hari. Semoga apa yang kalian buat akan diberkati Allah hendaknya.

Apa yer nak cerita arini, ada sikit kecetekan idea untuk menulis. Owh yer, citer sikit la pasal hobi Radio Amatur aku nih. Hari tu masuk keta nak balik ke rumah dari opis. Terus on radio, melayan rakan2 lain di jaluran MARES. Seronok jugak bila mendengar apa yang diperbualkan oleh rakan2 nih. Ada masa aku malas nak mencelah untuk sama2 berborak, ada ketikanya aku akan join. Tengok la keadaan macam mana, sebab nak berkomunikasi nih perlukan beberapa faktor diambil kira. Lokasi kita, jangkamasa, keadaan laluan yang kita nak lalu. 

08 April 2011

Notis makluman RAE 2011-1

Hello,

Dah lama dah aku dok tunggu pasal notis pemberitahuan mengenai RAE nih. Hampir setiap hari aku dok bukak website SKMM untuk tengok bila tarikh next exam. So akhirnya, SKMM dah keluarkan notis untuk exam nih.

Berikut adalah iklan notis tersebut. Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung terus dengan aku, atau layari laman web SKMM.

06 April 2011

PETRONAS HRMD Teambuilding 2011

Gambar-gambar kenangan sepanjang program di atas..

Tarikh: 25 - 27 March 2011
Tempat: Awana Genting Highlands Golf & Country Resort
(Group England)
(Cuba-cuba duduk atas motor member.. depa gerak ke Genting naik motor..)
(Rakan-rakan PeLSSB yang turut serta dalam teambuilding nih)
(Rakan-rakan PeLSSB dengan aksi masing-masing)
(Rakan-rakan PeLSSB dengan aksi masing-masing)
(Bersama rakan pejabat pada malam dinner, theme: Wild Wild West (tu yang nampak macam koboi tuh))
(Koboi-koboi beraksi)
(Koboi-koboi PeLSSB)
(Depa kata ni abang aku, so macam jejak kasih la, lama terpisah, terjumpa kat sini.. hahahaha)
(Kesian tuh kat brother nih, kawan-kawan dia kutuk dia kaw-kaw punyer.. asal aku lalu jer sebalah dier, kawan-kawan dia yang jauh-jauh pun dah bantai ketawa.. hahahaha)
(Go!! Go!! England!!)
(Go!! Go!! England!!)
(Go!! Go!! England!!)
(Kat umah Paroe, sebelum bertolak ke Genting.. Makan Pizza Domino, thanks to Paroe & Domino Pizza..)
(Dapat rasa duduk pun jadikla..)
(Vroommmm!!)
(Vroommmm!!)
(Motor ni memang selesa aku duduk.. nak beli tak mampu, jadi la rasa naik kawan-kawan punya motor)

Banyak la sebenarnya pengajaran yang aku belajar sepanjang di sana. Baru kita tau sapa kawan kita, sapa lawan kita masa tuh. Dan aku cukup kagum dan bangga, staff PETRONAS yang datang semua sporting2 dan sempoi, walaupun sebenarnya yang ada kat situ adalah seorang Manager, GM atau SGM, tapi semua ketepikan jawatan masing2 masa event nih.

Mula-mula ingat masa nak pergi tu, aku rasa modul2 yang akan di buat simple2 jer, rupanya sangat2 dasyat pengajarannya. Ini membuatkan aku merasa masih banyak yang aku perlu belajar untuk terus memantapkan diri aku sendiri. Walaupun nama event ni teambuilding, tapi aku merasakan ianya satu event di mana aku dapat build-up aku punya self-confident sendirik dalam masa yang sama dalam team.

Memang rasa semangat makin membara selepas habis event tuh. Tapi lepas jer masuk opis terus jer ilang semua tuh.. Hahahahaha.. Tak der la, gurau jer.. Aku makin semangat, makin rasa berkeyakinan dan aku akan terus berjuang demi masa depan yang lebih gemilang, cemerlang & terbilang..

That's all for now.. 73..

Gambar ikhsan dari: Paradigma Studio & Pepi


05 April 2011

Jadual Waktu Solat April 2011

Untuk renungan kita bersama.

Jadual waktu solat bagi kawasan:
Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling& Shah Alam

Tarikh Hari Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak
01-04-2011 Jumaat 5:47 5:57 7:14 13:20 16:21 19:24 20:33
02-04-2011 Sabtu 5:47 5:57 7:13 13:20 16:21 19:23 20:33
03-04-2011 Ahad 5:47 5:57 7:13 13:20 16:22 19:23 20:32
04-04-2011 Isnin 5:46 5:56 7:12 13:19 16:22 19:23 20:32
05-04-2011 Selasa 5:46 5:56 7:12 13:19 16:23 19:23 20:32
06-04-2011 Rabu 5:45 5:55 7:12 13:19 16:23 19:23 20:32
07-04-2011 Khamis 5:45 5:55 7:11 13:18 16:24 19:22 20:32
08-04-2011 Jumaat 5:44 5:54 7:11 13:18 16:24 19:22 20:32
09-04-2011 Sabtu 5:44 5:54 7:10 13:18 16:24 19:22 20:32
10-04-2011 Ahad 5:43 5:53 7:10 13:18 16:25 19:22 20:32
11-04-2011 Isnin 5:43 5:53 7:10 13:17 16:25 19:22 20:31
12-04-2011 Selasa 5:42 5:52 7:09 13:17 16:26 19:22 20:31
13-04-2011 Rabu 5:42 5:52 7:09 13:17 16:26 19:21 20:31
14-04-2011 Khamis 5:42 5:52 7:09 13:16 16:26 19:21 20:31
15-04-2011 Jumaat 5:41 5:51 7:08 13:16 16:27 19:21 20:31
16-04-2011 Sabtu 5:41 5:51 7:08 13:16 16:27 19:21 20:31
17-04-2011 Ahad 5:40 5:50 7:08 13:16 16:27 19:21 20:31
18-04-2011 Isnin 5:40 5:50 7:07 13:16 16:27 19:21 20:31
19-04-2011 Selasa 5:39 5:49 7:07 13:15 16:28 19:21 20:31
20-04-2011 Rabu 5:39 5:49 7:07 13:15 16:28 19:20 20:31
21-04-2011 Khamis 5:39 5:49 7:06 13:15 16:28 19:20 20:31
22-04-2011 Jumaat 5:38 5:48 7:06 13:15 16:29 19:20 20:31
23-04-2011 Sabtu 5:38 5:48 7:06 13:14 16:29 19:20 20:31
24-04-2011 Ahad 5:37 5:47 7:05 13:14 16:29 19:20 20:31
25-04-2011 Isnin 5:37 5:47 7:05 13:14 16:29 19:20 20:31
26-04-2011 Selasa 5:37 5:47 7:05 13:14 16:30 19:20 20:31
27-04-2011 Rabu 5:36 5:46 7:05 13:14 16:30 19:20 20:31
28-04-2011 Khamis 5:36 5:46 7:04 13:14 16:30 19:20 20:31
29-04-2011 Jumaat 5:35 5:45 7:04 13:13 16:30 19:20 20:31
30-04-2011 Sabtu 5:35 5:45 7:04 13:13 16:31 19:20 20:31

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (http://www.e-solat.gov.my/)

Kalo korang berada dalam kawasan yang lain, klik link diatas dan tukarlah kepada kawasan korang yer.

01 April 2011

April menjelma sudah..

Hi,

Pejam celik pejam celik dah masuk dah bulan April. Cepat la masa berlalu sekarang nih. Dah 4 bulan dah kita di tahun 2011.

Persoalannya, adakah impian kita untuk tahun ini akan tercapai? Bagaimana pula dengan azam? Terlaksana atau terbengkalai?

Kalo ditanya pada aku soalan itu, jawapan aku, semua is in progress. Aku sedang kembali memburu impian demi memenuhi azam yang aku dah buat untuk tahun 2011. Semua ni demi masa depan keluarga aku jugak. Banyak plan sebenarnya untuk aku laksanakan tahun 2011, dan semua sedang berjalan lancar.