01 April 2011

April menjelma sudah..

Hi,

Pejam celik pejam celik dah masuk dah bulan April. Cepat la masa berlalu sekarang nih. Dah 4 bulan dah kita di tahun 2011.

Persoalannya, adakah impian kita untuk tahun ini akan tercapai? Bagaimana pula dengan azam? Terlaksana atau terbengkalai?

Kalo ditanya pada aku soalan itu, jawapan aku, semua is in progress. Aku sedang kembali memburu impian demi memenuhi azam yang aku dah buat untuk tahun 2011. Semua ni demi masa depan keluarga aku jugak. Banyak plan sebenarnya untuk aku laksanakan tahun 2011, dan semua sedang berjalan lancar.

Hahahaha.. Hari ni jugak ramai la diantara kita yang dok sibuk memikir nak pedajal apa rakan2, saudara mara masing2 bersempena dengan hari 'April Fool'.. Banyak artikel, kenyataan akhbar dari pihak2 tertentu berkenaan dengan sambutan nih, so korang 'tepuk la dada, tanya la iman korang'. Aku rasa semua kita dah cukup besor dah nak memikir yang mana yang baik dan yang mana yang buruk.

Last week, aku ke Genting Highlands.. Bukan bercuti atau bersuka ria, tapi pergi ke PETRONAS Human Resources Management Div (HRMD) Teambuilding.. hehehe, kat Genting tu buat teambuilding. Yang best nyer, aku suka facilitator yang handle kami ni. Sebab semua tricks yang depa buat aku tak terfikir pulak so, kalo ada kesempatan, aku boleh sampaikan pada adik2 di STUFF. Seronok aku kat sana sebab jauh dari laptop, FB malam jer update (tu pun mata separuh jer bukak).. Yang paling best sebab boss tak der.. hahahahahahahahahaha..

Banyak la benda/pengajaran/ilmu yang aku dapat dari sana. Semua tu nanti aku masukkan dalam entry yang lain. Ni sebenarnya aku kat PERMATA, tengah handle briefing untuk staff PETRONAS yang baru masuk keje. So depa kena completekan 2 course untuk petang nih. Tekun sungguh muka depa aku tengok. Tak per, masih baru lagik, semangat masih membara, kerja masih tak banyak.. Hehehehe.. Aku harap depa ni akan terus bersemangat camni sebab depa pemimpin masa depan PETRONAS dan negara.

Got to go..

Adioz amigoz & 73,

2 comments:

walimaya said...
This comment has been removed by the author.
walimaya said...

nice job bob