22 April 2011

Hari Jumaat Penghulu segala hari

Hello geng,

So arini hari Jumaat, yang juga dipanggil penghulu segala hari. Semoga apa yang kalian buat akan diberkati Allah hendaknya.

Apa yer nak cerita arini, ada sikit kecetekan idea untuk menulis. Owh yer, citer sikit la pasal hobi Radio Amatur aku nih. Hari tu masuk keta nak balik ke rumah dari opis. Terus on radio, melayan rakan2 lain di jaluran MARES. Seronok jugak bila mendengar apa yang diperbualkan oleh rakan2 nih. Ada masa aku malas nak mencelah untuk sama2 berborak, ada ketikanya aku akan join. Tengok la keadaan macam mana, sebab nak berkomunikasi nih perlukan beberapa faktor diambil kira. Lokasi kita, jangkamasa, keadaan laluan yang kita nak lalu. 


So, untuk aku, aku hanya akan boleh masuk jaluran MARES dari keluar tempat parking kereta sampai ke Plaza Tol Jalan Duta sahaja. Dari Plaza Tol Jalan Duta sampai la ke Plaza Tol Rawang, itu laluan sukar bagi aku untuk dapat MARES. Ada sekali tu, aku tengah boring bawak kereta, jalan jem plak walaupun dalam highway tuh, apa lagik, aku pusing ke V-40 dan mencuba panggil rakan2 kot2 ada yang sedang monitor frekuensi tu. Alhamdullilah ada yang menyahut, cuma sayang aku tak leh dapat langsung 'callsign' orang tuh. Mungkin kedudukan kami tak sesuai (satu hala selatan, satu hala utara) membuatkan aku kecewa kejap masa tuh.

Sebenarnya hobi ni menarik tau. Dapat tambah kawan2, boleh jumpa sedara mara silap2. Yang best lagi, kita tak payah bertemu muka pun, kadang2 orang yang kita cakap tu sebenarnya ada kat belakang atau depan kita jer. Hehehe. Banyak gak la kereta2 lain yang kalo memotong kereta aku, dok hon2 tanda 'say hi' la since aku pun letak sticker 'callsign' aku.

Haritu masa balik ke Taiping sempat jugak aku masuk PARTS, cuba2 panggil rakan2 di Ipoh. Ada gak yang menyambut panggilan aku. Lama jugak aku berbual, sampai la dekat Kuala Kangsar. Pastu sampai Taiping jer aku tak sempat nak panggil rakan2 Taiping sebab aku tak betol2 masuk Taiping. Masa tu makayah tak der gi buat Umrah, so aku dok melilau kat RTBK jer la. Haaaa, masa tunggu Fazy mekap (balik kampung sebab Fazy bertunang), aku sempat jugak masuk repeater ASTRA, so dapat jugak la aku berborak dengan 2 orang rakan, satu di Kelantan satu di Kedah. Hehehehe. Chaiyokkkkkk..

Kepuasan tergambar di muka aku, sampai la aku balik umah, handy (walkie-talkie) tetap tersangkut di belakang aku. Sebabnya masa tu aku tengah tunggu Fahroe (opismate) aku nak mai makan nasik kenduri. Dia dari Penang masa tu, so kami plan gunakan Radio Amatur untuk berkomunikasi. Hehehe, orang2 kampung pun cuak jugak la, ingat aku polis.

(gambar diatas hanyalah gambaran, bukan aku yang sebenarnya)

Ntah la apa yang aku tulis menyimpang terus dari Title entry. Whatever pun, bagi rakan2 aku yang nak join Radio Amatur nih, masih ada kesempatan untuk mengambil borang untuk menduduki peperiksaan. Sila rujuk entry aku sebelum nih.

Got to go la.. nanti sambung bicara..

Adioz Amigoz.. 73

No comments: