28 February 2011

Dah habis dah bulan February 2011..

Bertemu lagi..

Sekejap jer kan rasanya, hari ni bulan February 2011 dah berada di pengakhirannya. Macam-macam benda jadik bulan nih especially kat opis nih. Ada yang manis ada yang pahit.

Minggu lepas Aufa demam, sian dia. Pagi dia demam, aku kat opis. Kebetulan tengahari tu Ilah nak balik umah kejap nak susukan si Auni, Ummi telefon bagitau Aufa demam. Kata Ummi sampai Aufa nak main pun tak larat. Aku pulak bukan tak leh balik jer masa tu, cuma ada penghalang untuk aku balik. Sebenarnya politik di opis ni makin hari makin dasyat. Takut aku kadang2 bila tengok orang2 itu bermain politik.

23 February 2011

Balik kerja & monitoring 9M4RES..

Hi,

Hari ni di pejabat tak der mender nak buat sangat sebenarnya. Ini pun disebabkan oleh company aku keje skang dah nak closing down by end of 2011. Tapi jangan risau, bukan bermakna aku tak der kerja dah lepas tarikh tu, cumanya aku akan dipulangkan balik ke ibu pejabat kami iaitu iPerintis Sdn Bhd. Mungkin ada diantara anda tak faham pasal kerja aku sebenarnya, mungkin dalam entry yang lain aku akan cerita.

Hari ini aku sampai opis seperti biasa la pada jam 7am. Awal sikit arini, sebab aku kena hantar Ilah ke HKL, tu yang terawal sikit sampai opis. Sebenarnya, sejak aku berpindah ke Rawang ni, aku dah mula menjadi staff terawal sampai di opis. Semua rakan2 opis dah tau, kalo aku ada sure nama aku atas sekali (attendance tulis sendirik la). Kalo kata masa rakan2 dah sampai, tengok nama aku tak der, samada aku memang akan sampai lambat atau aku cuti/MC untuk aritu.


21 February 2011

Hujung Minggu..

Salam..

Lama jugak la tak cerita apa-apa kat sini. So hari ini, aku plan nak cerita pasal hujung minggu aritu.

Sabtu, sepanjang pagi aku dok membuta jer kat umah. Kiranya macam qada' la tidor2 sepanjang hari bekerja. Since aku dah dook Rawang nih, aku keluar umah nak ke tempat kerja setiap pagi kul 6am, maknanya aku bangun dalam kul 5am++. Tolong Ilah apa yang patut (tukar pampers anak2, sidai baju ker, angkat semua beg, warm-up kereta) sebelum kul 6am tuh. Dan aku akan pastikan sebelum kul 6.15am aku dah berada di atas lebuhraya.

Bila tiba hujung minggu jer, memang la aku bantai tidor balik. Lepas bangun pagi, gosok gigi, breakfast pastu tidur balik. Silap2 aku tidor dulu masa nak tidor kan Aufa ngan Auni. Hehehehe.. Ilah pun dah faham perangai aku nih. Dalam pukul 11am lebih, baru lah kami semua bersiap2 nak keluar pergi makan kenduri kat Cheras. Aufa punya lah seronok bila dia disiapkan sebab mungkin dia pun dah bosan dok umah kot. Iyerla, hari2 dok umah, pagi umah babysitter, petang umah sendirik, malam tidor, esok pagi2 dah pergi umah babysitter.

14 February 2011

Nak dijadikan cerita

Selamat pagi..

haduihhhhh.. ntah la apa nak diceritakan pulak kali nih.. ok, idea datang.. kita cerita pasal keluarga aku pula.

Semasa aku menulis ini, aku dah ada dua anak dah sebenarnya. Mungkin ada yang baca entry aku sebelum nih dan sangka Aufa jer sorang permata hati aku. Pada tanggal 18 September 2010, maka dengan izin Allah, lahirlah puteri pertama kami. Nama diberi ialah Firuz Auni Bt Mohamad Azuar yang membawa maksud 'Yang Terindah Lemah Lembutku, Ketenangan, Ketetapanku'.. Hahaha, panjang sikit maksud nama anak perempuan aku nih. Alhamdulillah, Ilah bersalin secara normal pada jam 1am (kalo tak salah aku la). Dan untuk kali kedua jugak aku berada disisi isteri tersayang membantu menyambut kelahiran puteri kami nih.

11 February 2011

Cerita pasal aku..

Hi,

Dah lama aku nak mencoret pasal diri aku.. So as a start, rasanya molek bebenor la kalo aku update kan pasal diri aku nih.

So skang ni aku dah pindah umah dah. Dah 3 tahun lebih dok menyewa kat Kg Kerdas 3, Gombak tu. Skang dah menetap di Taman Desa Mutiara, Bandar Country Homes, Rawang. Aku pindah umah 25/12/2010 aritu. Tapi sebenarnya kunci umah tu dah dapat dekat 3 bulan sebelum tuh, cuma aku nak gak touch-up sikit2 mana yang patut. Hmm, ingat kan masa tu budget untuk touch-up2 ni sikit2 jer, tapi sebenarnya banyak la jugak. Tapi aku still berbelanja mengikut kemampuan aku nih. Ingat lagi aku pada pesan orang tua-tua "Sukat baju di badan sendirik". Kalo nak diikutkan hati, memang nak buat segala benda, nak beli segala benda.

09 February 2011

UJIAN KOD MORSE SIRI PERTAMA TAHUN 2011

Salam,

Tak tau nak buat entry apa lagik, so ini lah dulu sebagai permulaan. Bagi calon-calon yang berminat untuk mengambil ujian ini, sila layari laman sesawang SKMM.

Notis pemberitahuan ujian seperti dibawah:
Notis Pemberitahuan Ujian

Borang permohonan ujian, sila klik di bawah:
Borang Permohonan Ujian


All the best..

73..

07 February 2011

yeah.. 1st entry 2011..

Hi all,

This is my 1st entry this year.. Harap2 banyak lagik la post untuk tahun nih..

Sebenarnya banyak yang nak dikongsikan bersama, tapi masa amat mencemburui aku untuk menaip.. hehehehe..

So got to go..