20 July 2009

Hidup penuh pengertian..

salamzz..

Lama jugak la aku xupdate kat sini. Mungkin kesibukan membuatkan aku jarang2 sekali mampu untuk meluangkan masa untuk mencoret disini..

Ok, seperti biasa la,disaat aku menulis nih,aku berada di Kuala Terengganu. Ada briefing nak kena buat kat INSTEP. Aku sampai sini hari Sabtu aritu (18 July 09) dan untuk trip kali ni, aku bawak Ilah ngam Aufa sekali. Di KT ni aku menginap di Ri-yaz Resort & Spa Heritage dekat2 ngan Pulau Duyung. Hotel ni dekat ngan tempat Monsun Cup.

So hari Ahad tu, aku buat presentation untuk staff kat INSTEP nih. Semua berjalan lancar kali. Sebenarnya, aku takut gak kalo2 apa yg pernah terjadi kat PFK berulang, tp alhamdulillah semua berjalan lancar.

Nanti sambung lagik...

18 June 2009

Selesai sudah...

Salam all, 

Aku tak pasti sama ada aku dah ceritakan tentang baby aku yang baru lahir.. Nama yang diberi ialah Mulhim Aufa Bin Mohamad Azuar, yang membawa maksud 'pemberi ilham yang setia'.  So pada waktu aku menulis ni, Aufa dah berusia 46 hari dah. Bermakna wife aku pun dah habis tempoh pantang dier. 

Hujung minggu lepas aku dah buat kenduri kesyukuran untuk Aufa dan sekali ngan kenduri arwah Nenda tersayang yang baru jer meninggal dunia.  So ayah aku decide untuk buat dua2 kenduri serentak senang nak uruskan. Nak dijadikan cerita, minggu tu aku kena pergi Kuantan ada event yang aku nak kena handle. Straight dari Kuantan aku drive balik KL then basuh baju kejap, then berkelana semula ke Taiping. Penat tok sah kira la, sampai sakit kaki aku dok tekan pedal minyak keta. Muahahah..

Sampai Taiping aku terus balik umah Ilah. Sampai jer kat umah, aku terus pergi kat Aufa, almaklumlah dah dekat 3 minggu (yang penuh dugaan) aku lalui seorang diri. Rindu aku kat Aufa hanya Allah jer yang tahu. So sampai jer aku terus gi terkam Aufa, main2 ngan dier jap. Dah tu perut baru terasa lapar, terus aku jamah apa yang mertua aku masak. Kebetulan Fakhri (adik Ilah) ada kat umah, dia buat ikan bakar, udang bakar & ayam bakar untuk makan tengahari tuh, so ader lebih memang simpan untuk aku kot, so aku bedal lah. 

Malam tu aku tidor awal sikit sebab aku letih sangat2. Malam tu aku bawak Aufa masuk dalam bilik kasi tidor ngan aku atas katil. Dah lama aku tak bau wangi baby (bau ni korang leh bau tau sebenarnya). Punya la nyenyak aku tidor malam tu sampai bini aku bangun dekat 5 kali nyusukan Aufa aku tak sedar. Yang aku sedar jam dah dekat kul 7 pagi dah masa tuh, sebab aku nak kena kemas barang2 nak gerak balik umah mak ayah aku plak. Sebenarnya, aku nak kena gerak pergi Bagan Serai, ada kenduri arwah yang keluarga Kelly buat. Lagipun semua yang akan ader kat sana banyak lagi yang tak jumper Aufa nih, so nak tak nak kena la pergi. Aku pikir nak kena balik umah mak ayah aku dulu sebab nak letakkan barang2 dalam keta ni kat umah dulu, takkan nak usung ke sana ke sini plak.

Nanti sambung...

10 June 2009

Sedang cuba memahami...

Yuna - Dan Sebenarnya

Oh Bulan
Jangan Layan Diriku Lagi
Pabila,
Air Mata Membasahi Pipi
Dan Lagu2 Di Radio Seolah2 Memerli Aku
Pabila,
Kau Bersama Yg Lain

Adakah Perasaaan Benci Ini Sebenarnya Cinta
Yang Masih Bersemadi Untukmu
Dan Sebenarya Ku Mengharapkan
Di Sebalik Senyuman Mu Itu
Kau Juga Merindui Aku

Ku Enggan
Berpura Pura Ku Bahagia
Ku Enggan
Melihat Kau Bersama Si Dia
Oh Ku Akui Cemburu
Mula Menular Dalam Diri
Pabila
Kau Bersama Yang Lain

Adakah Perasaaan Benci Ini Sebenarnya Cinta
Yang Masih Bersemadi Untukmu
Dan Sebenarya Ku Mengharapkan
Di Sebalik Senyuman Mu Itu
Kau Juga Merindui Aku

Pabila Kau Merenung Matanya
Ku Rebah,
Jatuh Ke Bumi
Di Saat Kau Benar-Benar Mahu Pergi
Seperti Ku Bernafas Dalam Air
Adakah Perasaaan Benci Ini Sebenarnya Cinta
Yang Masih Bersemadi Untukmu
Dan Sebenarya Ku Mengharapkan
Di Sebalik Senyuman Mu Itu Kau Juga Merindui Aku
Oh

ntah la apa yang menarik mendorong aku untuk memainkan lagu si Yuna ni berulang2 kali..korang bayangkan la sepanjang perjalanan aku dari KL ke Kuantan, aku boleh memain kan lagu ni rasa2 aku hampir 100 kali la kot..ada satu tarikan yang aku sendiri sukar untuk aku jelaskan kenapa aku suka sangat lirik dan melodi lagu si Yuna nih..

Terkadang aku cuba untuk memahami kehidupan kita ni. sedang aku dalam proses untuk memahami, makin banyak yang aku tak faham rupanya, makin banyak yang perlu di uraikan dengan mendalam. dalam pada itu, desakan untuk aku memahami situasi itu jugak kadang2 membuat kan aku menjadi lebih buntu dalam hidup ini..harus kah aku mengalah atau aku perlu bangkit dan teruskan berjuang...soalan yang aku sendirik tak der jawapan..

sekarang ni aku kat Kuantan, seperti biasa ada event kat Hyatt Hotel, Teluk Cempedak, Kuantan. Masuk kali ni dah 4 kali aku stay kat hotel ni kalo aku ke Kuantan. Cuma nya kali ni aku terasa kurang berpuas hati dengan hotel ni sebab mungkin time ni cuti sekolah, so layanan yang diberikan agak hambar, makanan pun ada sikit kureng.  Aku akan berada di sini sampai hari Khamis (esok) petang.  Pastu aku blah balik KL then terus balik Taiping.


05 June 2009

Lama nyer aku tak update...

Salam,

Ntahla apa penyebabnyer aku dah lama tak mencoretkan sesuatu di sini..Kesibukan aku skang ni makin menjadi-jadi, tapi semuanya berada dalam kawalan..

Ok, just for information, tanggal 03 May 2009, dengan izin Allah aku telah di kurniakan seorang putera, penyeri hidup aku ngan Ilah..Tanggal jam 3.40 pagi seberat 2.94, maka lahir la anak sulong aku yang bernama Mulhim Aufa (Pemberi Ilham yang setia)..hanya Tuhan jer yang tahu perasaan aku masa tu (dan baru aku faham perasaan seorang ayah tatkala anak di lahirkan)..

So, thats all for the time being..aku sebenarnya sedang mencari sesuatu dalam hidup aku nih..doakan aku berjaya...

salam

M Azuar Haniff