10 June 2009

Sedang cuba memahami...

Yuna - Dan Sebenarnya

Oh Bulan
Jangan Layan Diriku Lagi
Pabila,
Air Mata Membasahi Pipi
Dan Lagu2 Di Radio Seolah2 Memerli Aku
Pabila,
Kau Bersama Yg Lain

Adakah Perasaaan Benci Ini Sebenarnya Cinta
Yang Masih Bersemadi Untukmu
Dan Sebenarya Ku Mengharapkan
Di Sebalik Senyuman Mu Itu
Kau Juga Merindui Aku

Ku Enggan
Berpura Pura Ku Bahagia
Ku Enggan
Melihat Kau Bersama Si Dia
Oh Ku Akui Cemburu
Mula Menular Dalam Diri
Pabila
Kau Bersama Yang Lain

Adakah Perasaaan Benci Ini Sebenarnya Cinta
Yang Masih Bersemadi Untukmu
Dan Sebenarya Ku Mengharapkan
Di Sebalik Senyuman Mu Itu
Kau Juga Merindui Aku

Pabila Kau Merenung Matanya
Ku Rebah,
Jatuh Ke Bumi
Di Saat Kau Benar-Benar Mahu Pergi
Seperti Ku Bernafas Dalam Air
Adakah Perasaaan Benci Ini Sebenarnya Cinta
Yang Masih Bersemadi Untukmu
Dan Sebenarya Ku Mengharapkan
Di Sebalik Senyuman Mu Itu Kau Juga Merindui Aku
Oh

ntah la apa yang menarik mendorong aku untuk memainkan lagu si Yuna ni berulang2 kali..korang bayangkan la sepanjang perjalanan aku dari KL ke Kuantan, aku boleh memain kan lagu ni rasa2 aku hampir 100 kali la kot..ada satu tarikan yang aku sendiri sukar untuk aku jelaskan kenapa aku suka sangat lirik dan melodi lagu si Yuna nih..

Terkadang aku cuba untuk memahami kehidupan kita ni. sedang aku dalam proses untuk memahami, makin banyak yang aku tak faham rupanya, makin banyak yang perlu di uraikan dengan mendalam. dalam pada itu, desakan untuk aku memahami situasi itu jugak kadang2 membuat kan aku menjadi lebih buntu dalam hidup ini..harus kah aku mengalah atau aku perlu bangkit dan teruskan berjuang...soalan yang aku sendirik tak der jawapan..

sekarang ni aku kat Kuantan, seperti biasa ada event kat Hyatt Hotel, Teluk Cempedak, Kuantan. Masuk kali ni dah 4 kali aku stay kat hotel ni kalo aku ke Kuantan. Cuma nya kali ni aku terasa kurang berpuas hati dengan hotel ni sebab mungkin time ni cuti sekolah, so layanan yang diberikan agak hambar, makanan pun ada sikit kureng.  Aku akan berada di sini sampai hari Khamis (esok) petang.  Pastu aku blah balik KL then terus balik Taiping.


No comments: