24 August 2008

Terasa Kehilangan

Salam,

'Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya'

So actually wife aku dah pregnant masa aku gi Gurun aritu. Tu la sebabnya aku singgah rumah aku ngan mertua aku sebelum aku gi Kedah.

Dua minggu sebelum ni aku ngan wife aku gi Klinik Sri Indah (our favorite clinic) for checkup. Memang confirm Ilah ngandung cuma Dr Zulailah kata macam ada yang tak kena. Dia detect ada dua spot, meaning that we are going to get twin, tapi dia sendiri pun tak boleh nak confirmkan lagi. So Dr Zulailah refer kes ni kat sorang lagi doktor pakar, Dr Mashitah (GMC). Gi la jumper Dr Mashitah ni. Kata2 doktor ni sedapkan hati kami, katanya kandungan ni ok tapi nak kena datang balik jumper dier lepas dua minggu dari tarikh rawatan ni untuk dengar denyutan nadi baby.

So dengan harapan yang berbunga2 aku pun mengishtiharkan la yang isteri aku pregnant pada semua family aku ngan kawan2 yang rapat sahaja. Masa aku dah kat Kedah, Ilah telefon pagi tuh ngadu sakit perut. Aku suruh bagitahu kat mertua aku sebab aku mungkin lambat kot kalo nak balik Taiping. So Ilah pun bagitau mak dia, tapi mak dia kata tak pa lagi kot sebab tak jadi apa2 lagi. Dalam kul 10 tu, Ilah telefon aku bagitau turun darah banyak sangat dan akhirnya baby aku pun kuar sekali. Waktu tu hanya Tuhan jer la yang tahu perasaan aku nih. Sebelah sedih hilang baby, sebelah lagi syulur Ilah selamat.

Tapi aku anggap semua ni sebagai Tuhan belum nak bagi aku rezeki lagi. Mungkin rezeki akan datang nanti dimasa hadapan. InsyaAllah, doa2kan la yer.

Got to go
Azuar