19 December 2008

Proses pembelajaran yang mematangkan...

Masa aku menulis ni, aku berada di Kerteh. Untuk pengetahuan semua, aku berada kat sini selama 11 hari untuk aku buat testing network PETRONAS kat Kerteh. Aku bertolak dari KL on 11th Dec 2008 dan aku akan berada sampai 22nd Dec 2008. Untuk trip kali nih aku stay kat Hotel Awana Kijal. Ok la hotel ni pun agak terkenal gak kat sini. Aku datang ngan my best buddy, Khalid Sedik ngan opismate aku Amilia. 

Untuk pengetahuan, testing ni bukan bidang tugas aku tapi sebab aku nak belajar pasal network dan buddy aku ni sanggup nak ajarkan tu yang ikut trip dier. Ntahla, aku selama ni dok tercari2 kemana hala tuju aku lagi 5 tahun, aku tak dapat bayangkan. Tapi buddy aku ni la yang bagi aku panduan/pendapat sebab dier tau aku minat dalamm bidang IT, tu yang dier recommend untuk aku ikut dan belajar sikit2 pasal network. Dan yang menjadikan aku boleh keluar ikut dier sebab aku jer yang nak belajar dan aku pernah ikut dier pergi buat testing kat PERMATA, Bangi.

25 November 2008

"We never try, we always do"

Ni konsep yang aku pegang skang dan aku raser motto ni dah banyak buat aku berubah. Motto ni aku dapat dari senior pejabat aku skang yang baru jer dapat anak ke5 dier. Banyak kupasan yang aku leh buat dari motto nih dan semuanya buat aku tersedar dari lamunan selama nih. Sepanjang aku keje kat sini, banyak benda yang aku belajar dan pelajaran yang tu semua membuat kan kau lebih matang dalam mengharungi cabaran dan liku-liku hidup nih. 




22 November 2008

Jauh aku merantau...

salam...

lama gak aku meninggalkan penulisan aku nih. aku tak sempat nak menulis dalam blog ni. kesibukan diri ini menyebabkan aku kesuntukan masa untuk mencoret sesuatu dalam ni.  seingat aku last sekali aku menulis dalam ni bulan sept aritu, ni dah  bulan november, maknanyer dekat 2 bulan aku tak masuk dalam nih. 

Syawal yang mulia..

alhamdullilah, syawal tahun ni membawa erti pada aku sebab akuu beraya ber3 walau pun si budak kecik tu dalam perut bini aku lagi. keriangan terbayang di wajah mak ayah aku sebab aku bawak balik bakal cucu depa. maklumla aku ni kan anak tunggal depa, so anak aku jer la cucu-cucu depa.hahaha. mak ayah mertua aku pun hepi sangat sebab depa tau Tuhan dah gantikan twin aku.huhuhu.

so raya kali ni, bini aku lembik sikit sebab pembawakan budak. tak berapa larat la dia kali ni berjalan sakan. so turn raya tahun ni belah dier so aku berjalan merata gak gi jumper sanak saudara belah ilah. semua rumah yang kami pergi semua hepi dengar ilah pregnant, so aku pun kembang la buat kesekian kali nye. 'tembakan aku power siut' hahaha. walaupun dalam keadaan tak larat, dier gagah gak ikut kami semua berjalan raya. yang menjadi memori aku adalah masa kami pergi rumah yang pertama sekali. sebab bukan kuih raya yang kami makan, tapi makan nasi tengahari, siap ader lauk sambal sotong. hahaha..bayangkan punya la sedap aku makan sampai aku tambah 4 kali rasanyer. so akibat nyer, rumah lain yang kami pergi, aku makan sikit2 jer la walaupun yang tuan rumah sediakan punya la banyak makanan.

masa sambut raya kali ni aku teringat masa aku bercinta dulu. impian aku bila aku kawin nanti nak beraya ngan bini, mertua, etc. so tahun ni palingg best sebab aku beraya sakan gak kali ni walaupun dalam keadaan sederhana. lagipun aku baru keje kat PeLSSB so aku tak der la nak belanja sakan. yang mana mampu jer. janji bini aku hepi..tu prinsip yang aku pegang..

continued...

hari tu aku ikut bini aku gi check kandungan dia kat klinik kesihatan ibu & anak. Aku pilih klinik kat depan umah aku jer kat area gombak setia tu. Punya la ramai masa aku datang tuh, maknenyer punyer la ramai population kl pasni. Ada gak yang bawak anak untuk suntikan, anak demam, yang aku respect staff nurse yang keje kat situ semua tersenyum jer melayan karenah anak-anak tu, yang letihnyer lagi nak melayan mak bapak anak-anak tuh. hahahhaa. So masa dok tunggu tu aku bosan giler tak tahu nak buat apa, so dari aku melangut menunggu, aku gi siap gi gunting rambut ngan basuh keta. hahahaha. Lepas aku habis basuh keta, elok-elok jer habis bini aku buat check kat klinik tuh..

sambung later la...

09 September 2008

Ramadhan 2008

Uish...dah lama dah aku tinggalkan blog nih.  Kalo diikutkan sebulan sekali jer aku post new updates pasal diri aku nih.  Dah tu bercampur aduk plak.  Heheheh.  Kesibukan kerja aku memang betul2 membuatkan aku tak punya banyak masa untuk semua nih.

Ramadhan kali ni, aku bertekad untuk cuba sedaya upaya aku menunaikan semayang terawih.  Aku ngan Ilah plan untuk gi semayang terawih di masjid2 yang berlainan di sekitar KL nih.  malam pertama terawih aku di Masjid Gombak, kedua di Masjid Wilayah, ketiga masjid Gombak, keempat & kelima aku buat kat rumah jer, keenam & ketujuh Masjid Smpg 3 Gombak dan semalam aku terawih kat umah jer.  So dlaam perancangan aku kali ni mungkin akan semayang sampai le ke Masjid Putra, Putrajaya.  Sebabnya, aku ngan Ilah pikir inilah masa yang paling sesuai untuk kami buat 'Kembara Terawih' selain dapat jalan2 bukak posa, dapat gak kpergi masjid2 yang menarik.

Ramadhan kali ini membawa erti dalam hidup aku sebab selepas Ilah gugur anak aku aritu, Allah dah gantikan balik.  Ilah disahkan ngandung lagi.  Baru 4 minggu dan still to early.  Baru2 ni Ilah dok ngadu pening2 kat aku, sampaila dok muntah2.  So aku bawak gi HKL terus, dan doktor yang check kata positif Ilah pregnant.  Punya la aku senyum sepanjang masa dari HKL nak balik umah.  Tembakan aku tepat siuttttt...

To my beloved wife, 'Tima kasih atas segalanya' 'I luv U la'...

Till then, Adioz

Bob

24 August 2008

Terasa Kehilangan

Salam,

'Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya'

So actually wife aku dah pregnant masa aku gi Gurun aritu. Tu la sebabnya aku singgah rumah aku ngan mertua aku sebelum aku gi Kedah.

Dua minggu sebelum ni aku ngan wife aku gi Klinik Sri Indah (our favorite clinic) for checkup. Memang confirm Ilah ngandung cuma Dr Zulailah kata macam ada yang tak kena. Dia detect ada dua spot, meaning that we are going to get twin, tapi dia sendiri pun tak boleh nak confirmkan lagi. So Dr Zulailah refer kes ni kat sorang lagi doktor pakar, Dr Mashitah (GMC). Gi la jumper Dr Mashitah ni. Kata2 doktor ni sedapkan hati kami, katanya kandungan ni ok tapi nak kena datang balik jumper dier lepas dua minggu dari tarikh rawatan ni untuk dengar denyutan nadi baby.

So dengan harapan yang berbunga2 aku pun mengishtiharkan la yang isteri aku pregnant pada semua family aku ngan kawan2 yang rapat sahaja. Masa aku dah kat Kedah, Ilah telefon pagi tuh ngadu sakit perut. Aku suruh bagitahu kat mertua aku sebab aku mungkin lambat kot kalo nak balik Taiping. So Ilah pun bagitau mak dia, tapi mak dia kata tak pa lagi kot sebab tak jadi apa2 lagi. Dalam kul 10 tu, Ilah telefon aku bagitau turun darah banyak sangat dan akhirnya baby aku pun kuar sekali. Waktu tu hanya Tuhan jer la yang tahu perasaan aku nih. Sebelah sedih hilang baby, sebelah lagi syulur Ilah selamat.

Tapi aku anggap semua ni sebagai Tuhan belum nak bagi aku rezeki lagi. Mungkin rezeki akan datang nanti dimasa hadapan. InsyaAllah, doa2kan la yer.

Got to go
Azuar

08 July 2008

'Kasih Tercipta...'

Kalo korang nak tahu la kan, sebenarnya kisah cinta aku ngan Ilah ni bukan mudah tau. Aku sebenarnya bercinta ngan Ilah dari February 1997 dan hanyalah December 2006 baru kami bertunang. Only at May 2008 baru nikah ooo. Kiranyer hampir 10 tahun bercinta baru kami nikah. Aku sendiri tak sure camner kami boleh serius dalam perhubungan sebab dia pun tahu waktu tu aku just frust ngan 'minah' tu, so dia takut aku just rapat ngan dier sebab nak hilangkan rasa boring. But then,aku mula rasa sayang kat dier lebih dari seorang kawan.

Bukan senang sebenarnya aku nak mendapatkan kepercayaan Ilah ni. Banyak benda yang aku lalui bersama ngan Ilah. Dan yang aku pasti, segala pengalaman kami, telah banyak mengajar kami erti hidup yang sebenarnya. Banyak benda yang sebenarnya kita tak boleh belajar secara direct, tapi banyak yang sebenarnya mengajar kiter indirectly. So segala pengalaman yang ada ni aku gunakan sebaik mungkin untuk kebahagiaan rumah tangga kami nih. Sebenarnya dalam dok berhati-hati pun, terkadang kami ada gak tak sefahaman. Aku ni sebenarnya jenis yang panas baran dan ketegasan aku kadang-kadang tak masuk akal. Hehehehhe.

Nanti sambung lagi ek...
azuar




04 July 2008

What I do for a living...

Hi..

Sekarang ni aku bekerja di PETRONAS eLearning Solution Sdn Bhd (PeLSSB) sebagai GLP Consultant. Ntahla, mungkin tuah aku dapat kerja nih. Mungkin aku dah lama bersabar dengan segala dugaanNya, mungkin inilah balasanNya untuk aku. Apa pun aku bersyukur yang aku diberikan rezeki ini.

Ok, nature keje aku...

Pejabat aku ni anak syarikat kepada Petronas. Our main business ialah untuk mempromosikan GLP/eLearning untuk staff Petronas. Sebenarnya eLearning adalah merupakan benefit untuk staff Petronas yang membolehkan semua staff ni sambung study mengikut sesuka hati. Pejabat aku ni ader 500++ courses yang depa boleh amik untuk depa belajaq.

(in front of Sarawak Culture Booth)

(actually got a problem with my machine, cannot launch the system)

(among the famous Sarawak delicacies)

So apa yang aku nak kena buat ialah semacam awareness event untuk depa jangan abaikan opportunity yang tak semua orang dapat rasa. So kalo aku nak buat awareness ni, aku nak kena pergi kat semua anak2 syarikat yang berada di bawah Petronas. So maknanya aku banyak akan travel ke merata tempat. Hehehe (actually that I think is the best..travelling). Aku punyer first trip ialah pergi satu event kat Putrajaya Marriott. Pastu aku ke Bintulu (ABF) dan semasa aku menaip ni aku kat Gurun Kedah (PFK). Boleh kata jadual aku untuk event/program agak penuh la skang nih.

Yang menariknyer ialah aku boleh bawa bini aku sekali kalo aku nak la kan. Tapi untuk trip ni aku tak bawak lagi sebab, aku hantar Ilah kat umah mak dier kat Selama, Perak. Lagipun dah lama kami tak balik kampung, so alang2 aku dah nak kena pergi Gurun, aku singgah jer la umah aku ngan mertua aku.

27 April 2008

Cont'....

'Tingkatan 3 Aliran Agama Class of 1995'

Nama 'cinta' hati aku ni Fazilah Binti Ariffin. Aku panggil Ilah jer, dan sampai sekarang masih kekal panggilan itu. Budak ni sebenarnya bukan rapat sangat ngan aku masa Tingkatan 4 dulu, sebab dier kata aku ni sombong sangat. Kalo tengok muka aku dia musti kata aku sombong.


'Tingkatan 4 Aliran Agama Class of 1996'

Ok nak jadi citer, aku masa tu tengah hangat bercinta dengan sorang lagi minah nih, tapi entahla, Ilah ni gak la yang banyak bagi kasih sayang kat aku. So aku decide break jer ngan minah tu, and terus nekad untuk amik Ilah ni jadi awek aku. Sapa kata aku kat sekolah dulu baik, aku ni sebenarnya buaya gak la, cuma buaya yang dah agak jinak. Hehehehe.

'PKBM SMDB 1996'

Aku kat sekolah dulu agak aktif, dan keaftifan aku tu sampai la aku kat UIA. Masa sekolah aku join banyak persatuan dan yang paling aku aktif ialah Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM), (ada gak yang gatal namakan PKBM as 'Pasukan Khas Berani Mati'). Lantak la mana satu pun, yang pasti masa tu adalah zaman kegemilangan aku di sekolah.

Selain menganggotai PKBM, aku juga adalah Ketua Pelajar Hostel ASMDB 1996/1997. So memang dah terserlah la ciri-ciri pemimpin dalam diri aku sejak dari sekolah dulu (masuk bakul angkat sendiri nih). Dalam PKBM aku la chief depa nih, setaraf ngan Presiden la. Aku tak ingat plak masa tu aku ada pakai pangkat ker tak, sebab pangkat PKBM ngan askar betul beza, lagi pun sebab baru cipta pangkat tu.

ZZzzZZzzZZzzZZ,
azuar

25 April 2008

As it start...

'KENANGAN - memang pahit ketika melaluinya tetapi manis bila mengenangkannya'


Permulaan kisah cinta aku ni pada tahun 1996. Masa tu umur aku 16 dan berada dalam Tingkatan 4 Aliran Agama (4AA). Sebelum aku teruskan lagi, aku rasa elok la kalo aku imbau balik kenangan aku kat sekolah kejap.

1996...

4 Aliran Agama..Cikgu Kelas aku Ustaz Zulkifli B Mastor..Ahhhh...Kenangan mengimbau.. Aku ni bukan jenis yang suker nak imbau2 kenangan lama nih tapi sesekali teringat gak. Biler teringat ni, banyak la kenangan yang aku tak leh lupakan.

Actually 'cinta' aku ni bukan budak sekolah aku pun, just Form 4 jer baru masuk. Masa depa masuk aku la yang incharge minggu taaruf depa ni since waktu tu aku President Hostel Student SMDB 1996. Eh luper plak aku nak bagitau nama sekolah aku. Aku dulu bersekolah kat Sekolah Menengah Kebangsaan Dr Burhanuddin, Taiping Perak (lebih dikenali sebagai SMDB).

Tapi sebenarnya kisah cinta aku ni bukannya bermula masa tu sebenarnya. Actually sebelum tu pun ader gak sorang dua budak pompuan yang aku tekel, tapi semua reject aku. Siap ada yang salah guna aku pun ada.. Tapi masa Form 4 ni la yang aku rasa aku dah jumpa teman hidup aku untuk selamanya. Mungkin ramai yang kata masa tu kalo cinta pun lebih kepada cinta 'monyet', tapi aku tak percaya. Pada aku, jika orang tu aku dah sayang, selagi hayat dikandung badan aku akan sayang, biar la apa pun rintangan. Ntah la, yang aku tak faham kenapa monyet yang menjadi mangsa plak dalam kes nih, cian monyet.

To be continued...
azuar

Pembuka bicara

Assalamulaikum...

Sebagai pembuka bicara, permulaan bagi blog aku ni, aku nak ucapkan terima kasih pada Aina yang mengajar aku sebenarnya nak buat blog nih. Aku rase segan gak sebab tak tahu blog ni apa kejadahnye sebab sekarang ni sampai menteri pun ader blog sendiri. Aku actually tahu blog tu wujud cuma tak pernah plak nak try buat sendiri, so skang ni la aku raser masa yang sesuai untuk aku buat.

InsyaAllah, kalo di Izinkan Allah, blog aku ini bertujuan untuk menjadi salah satu cara untuk aku meluahkan isi hati aku tak kira kepada sesiapa mengenai apa perkara sekalipun. Aku juga bercadang untuk memudahkan aku untuk bercerita kisah hidup aku seharian untuk tatapan isteri aku tersayang..

So, nanti2 kanlah kisah aku seterusnya dalam blog aku nih..

azuar