24 March 2011

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2011

Hehehe,

Dah selalu sangat kita tertanya2 bilakah tarikh gaji, maka aku paparkan jadual pembayaran gaji 2011 bagi kakitangan kerajaan. (sebab Ilah kakitangan kerajaan)



Note: Gaji bagi Tahun Baru Cina, Hari Gawai dan Hari Raya Haji tidak dibayar awal kerana perayaan ini jatuh sebelum 11 haribulan pada bulan berkenaan

Sumber: Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM)


22 March 2011

Semalam seharian dengan Auni..

Bertemu lagi..

Aku harap semua sihat sejahtera. Ni nak cerita pasal semalam seharian aku dengan Auni di KKIA, Gombak Setia.

Al-kisah, semalam Auni punya check-up setelah berumur 6 bulan. Dalam sedar dan tidak, dah 6 bulan dah anak dara aku sorang nih. Semalam plan asal aku ngan Ilah nak bawak dia pergi klinik la, tapi last minute Ilah kena pergi ke Hospital Serdang pulak. Suka atau tidak aku la nampak gayanya kena bawak Auni sendiri ke klinik.

17 March 2011

Mengenal phonetic alphabet

Hi guys,

Hari ini aku tunjukkan cara untuk belajar menghafal phonetics-Spelling.



Salah satu cara untuk menghafal (yang aku buat) ialah setiap kali kita nampak kereta/motor, kita hendaklah membaca nomber plat kereta/motor tersebut setiap kali dan setiap waktu apabila bertemu dengan kenderaan di jalanraya mahupun di kawasan-kawasan letak kereta.

Misalnya, semasa anda memandu kenderaan dijalanraya dan ternampak kereta yang nombor plat AFN maka anda terus mengafal atau membaca mengikut phonetic (ALPHA - FOXTROT - NOVEMBER) begitulah seterusnya..

Amalkan perbuatan ini setiap hari, InsyaAllah anda akan dapat menghafal phonetic dari A (Alpha) hingga Z (Zulu).

Selamat belajar..

PS: untuk maklumat lanjut boleh baca di sini...



09 March 2011

Siapa aku lagi 5 tahun.. 10 tahun..

Hello..

Lama jugak aku tak buat apa2 entry di blog nih. Mungkin keletihan kot berulang dari Rawang ke KL setiap hari membuatkan sedikit perasaan malas aku untuk menulis. Hehe, tapi disebalik kemalasan itu, semangat aku tetap tinggi untuk terus mencoretkan isi hati ini.

Baru2 ni dok tertanya pada diri sendiri berkenaan dengan soalan2 seperti tajuk entry nih. Kali ni mungkin aku serius dengan persoalan ni. Banyak kali dah terpikir, tapi setiap kali terpikir tu la aku sendiri kata yang semua itu lambat lagi untuk aku tempuhi. Diam tak diam, hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun, tapi aku sendirik tak der hala tuju aku sendiri. 

02 March 2011

Marilah menuju kejayaan..

Hi guys,

Tajuk entry macam gempak. Hehehe. Marilah kita sama-sama menuju kejayaan. hehehe.

Bercakap mengenai kejayaan, banyak tafsirannya. Berjaya dari segi kerjaya, kehidupan, keluarga dan sebagainya. Banyak pengertian dan hujah yang berkait rapat dengannya. Masing-masing akan mempunyai alasan sendirik untuk mentafsir 'kejayaan' itu sendiri.

Apa la yang aku melalut nih. Ngantuk punya pasal la nih.

Ok la. Nanti jumpa lain.

73