09 March 2011

Siapa aku lagi 5 tahun.. 10 tahun..

Hello..

Lama jugak aku tak buat apa2 entry di blog nih. Mungkin keletihan kot berulang dari Rawang ke KL setiap hari membuatkan sedikit perasaan malas aku untuk menulis. Hehe, tapi disebalik kemalasan itu, semangat aku tetap tinggi untuk terus mencoretkan isi hati ini.

Baru2 ni dok tertanya pada diri sendiri berkenaan dengan soalan2 seperti tajuk entry nih. Kali ni mungkin aku serius dengan persoalan ni. Banyak kali dah terpikir, tapi setiap kali terpikir tu la aku sendiri kata yang semua itu lambat lagi untuk aku tempuhi. Diam tak diam, hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun, tapi aku sendirik tak der hala tuju aku sendiri. 

Bila malam jer, hati aku mula hiba dan sayu memikirkannya. Bila setiap kali aku kucup Aufa dan Auni, aku makin hiba. Persoalannya, adakah aku akan terus begini sampai bila2. Akhirnya, setelah aku fikir dalam-dalam, aku dah mengambil keputusan untuk terus mengorak langkah dan terus pergi lebih jauh. Mungkin akan berlaku perubahan besar dalam diri aku dan keluarga aku kali nih.

Hahahaha, sure korang tak faham apa yang aku tulis.. hehehe.. 

Aku sebenarnya mempunyai satu impian yang aku akan capai. Aku memberi masa pada diri aku sendiri 3 tahun untuk aku capai. So nantikan next entry aku 3 tahun dari sekarang.. muahahaha acah jer la..

Impian aku sekarang ialah aku nak bekerja sendiri untuk aku sendiri.. (maksudnya bukan makan gaji lagi la).. Orang banyak kata, 'hang grad BBA, tapi keje IT, apa kata hang buat bisnes dan implement apa yang hang belajaq dulu'.. Dan standard jawapan aku ialah, 'aku nak meniaga apa, modal, tenaga, dsb'.. Jadi, aku pikir punya pikir, betol jugak kawan2 kata.. Tak semestinya kita mula meniaga terus kena ada kilang2, pejabat2 cawangan.. Boleh jer kan kita mula kecil-kecilan.. Bagi menjawab soalan nak meniaga apa, aku sekarang tengah buat research untuk menyelesaikan soalan itu. So, apa yang aku tengah plan sekarang ialah untuk masa depan aku, Ilah, Aufa & Auni.. Letih dah la keje makan gaji nih, buat elok kena marah ngan boss, bukan salah kena marah ngan boss.. Kita perform lebih dari biasa, boss tak pandang pun, orang yang perform dasat mana pun, cuma pandai 'bodek' boss, orang tu la yang boss kata hebat cara dia bekerja.. hehehe.. Adat la kan, tapi aku bukan jenis yang mengipas boss.. Baik aku kipas diri aku sendirik, sejuk sikit.. Hahahaha

Dalam banyak2 research yang aku tengah buat, aku dah finalize kan beberapa projek yang aku rasa aku mampu untuk focus sekiranya ianya jadi. So sekarang ini, aku tengah memikirkan beberapa kesan baik/buruk bagi setiap projek tu. Segala faktor aku kena ambil kira untuk melaksanakan projek nih.. Hahaha.. Banyak pengorbanan akan dibuat untuk menjayakan projek ni rasanya.

Tengah menulis ni aku sebenarnya tengah panaskan kuah sup untuk bihun sup aku.. Nampak macam dah panas dah tu, boleh la makan dah. Terima kasih pada isteri aku tersayang, sebab dia tau jer bila aku lapor.. Hehehe.. So got to go dulu la. Ketemu lagi dalam entry berikutnya.

Adioz Amigoz & 73,

No comments: