17 March 2011

Mengenal phonetic alphabet

Hi guys,

Hari ini aku tunjukkan cara untuk belajar menghafal phonetics-Spelling.



Salah satu cara untuk menghafal (yang aku buat) ialah setiap kali kita nampak kereta/motor, kita hendaklah membaca nomber plat kereta/motor tersebut setiap kali dan setiap waktu apabila bertemu dengan kenderaan di jalanraya mahupun di kawasan-kawasan letak kereta.

Misalnya, semasa anda memandu kenderaan dijalanraya dan ternampak kereta yang nombor plat AFN maka anda terus mengafal atau membaca mengikut phonetic (ALPHA - FOXTROT - NOVEMBER) begitulah seterusnya..

Amalkan perbuatan ini setiap hari, InsyaAllah anda akan dapat menghafal phonetic dari A (Alpha) hingga Z (Zulu).

Selamat belajar..

PS: untuk maklumat lanjut boleh baca di sini...



No comments: