23 February 2011

Balik kerja & monitoring 9M4RES..

Hi,

Hari ni di pejabat tak der mender nak buat sangat sebenarnya. Ini pun disebabkan oleh company aku keje skang dah nak closing down by end of 2011. Tapi jangan risau, bukan bermakna aku tak der kerja dah lepas tarikh tu, cumanya aku akan dipulangkan balik ke ibu pejabat kami iaitu iPerintis Sdn Bhd. Mungkin ada diantara anda tak faham pasal kerja aku sebenarnya, mungkin dalam entry yang lain aku akan cerita.

Hari ini aku sampai opis seperti biasa la pada jam 7am. Awal sikit arini, sebab aku kena hantar Ilah ke HKL, tu yang terawal sikit sampai opis. Sebenarnya, sejak aku berpindah ke Rawang ni, aku dah mula menjadi staff terawal sampai di opis. Semua rakan2 opis dah tau, kalo aku ada sure nama aku atas sekali (attendance tulis sendirik la). Kalo kata masa rakan2 dah sampai, tengok nama aku tak der, samada aku memang akan sampai lambat atau aku cuti/MC untuk aritu.


Hari ini tepat jam 5pm aku dah gerak menuju ke tempat paking kereta. Terus menuju ke HKL untuk amik Ilah. Alhamdulillah, jalan menghala ke HKL agak lengang jadi dalam masa kurang dari 15 minit aku dah memasuki perkarangan HKL. Hehehe, tersenyum riang jugak aku sebab nampak Ilah turun bersama2 dengan makanan untuk aku dan dia. Sedap jugak lapik perut dulu sebelum menempuh kesesakan lalulintas di KL nih. Ilah belikan aku kebab ayam dengan teh ais. Faberet aku tuh. Hehehe, layan jugak la sedap kebab tu. 


Destinasi hari ini sebelum balik ialah menuju ke dealer Tupperware sebab Ilah nak beli katalog untuk promosi bulan Jan - Mac. Tu pun kami dah terlambat amik katalog tu sampaikan customer2 dah bising tanya mana katalog baru. Dari kedai tu baru lah kami menuju ke Rawang. Jalan makin sesak, hanya nak lepas plaza tol Jalan Duta jer nak dekat 30minit sebab jem nak naik Bukit Lanjan. Tambah2 kalo lori banyak, lagi lah jem teruk. Lepas tol Rawang satu lagi spot untuk kesesakan jem sampai la ke jalan masuk Bandar Country Homes nih. Tapi kalo aku nak kena amik Aufa ngan Auni, aku masuk ikut jalan lain. so tak la jem sangat jalan tu, cuma berbukit dan jalan dia teruk sikit.

Di saat aku menulis entry ni, aku tengah menyiapkan persediaan untuk Ilah belajar. Ilah kata nak satu daripada koleksi external HD aku sebab banyak file yang besar2 dia guna masa belajar nih. Dari membeli yang baru, baik aku bagi jer satu untuk Ilah guna. Sekarang nih, tengah transferkan semua files dalam HD yang Ilah nak pakai tu kedalam satu lagi HD. Hehehe, dah kerja aku ngan IT, so 3 Ext HD la aku kena guna. Hehehehe. 

Sambil2 menunggu untuk semua files di transferkan, aku dok monitor la 9M4RES. Seronok jugak bila dengar rakan2 QSO. Aku tak berapa nak seronok nak join sama sebab aku tak der proper set untuk QSO. Kat umah ni belum ada setup lagik, tengah dok plan2 dan berkira2 mengenai kosnyer. Hehehe, transmit pakai handy tak best sangat sebab kurang powernyer. Takut2 tak sempat nak sampai ke repeater. So, layan jer la kawan2 aku berborak di udara. Yang menjadi masalahnyer sekarang, set dalam kereta pun dah tak der. Kena hantar masuk bengkel jap set tu, sebab ada masalah teknikal yang tak dapat nak dielakkan. Katanya, amik masa sebulan nak repair. Tak pa la, tunggu jer la.

Walaupun aku pakai handy jer, tapi selalunya setiap pagi aku dok QSO jugak dengan morning crews. Sebab aku selalu sampai awal kat opis, sambil aku berdiri kat tepi cermin sambil memegang binocular, aku la jadik macam 'info traffic' untuk morning crews. Hahahaha.. Alhamdulillah, hobi ini kena kot dengan jiwa aku. Aku rasa Ilah pun ok dengan hobi nih. Yang penting dapat ramai kawan baru tak kira pernah jumpa atau tak. Yang penting, QSO dulu..

Ok la, till next time.. Got to go.. 

73.

No comments: