14 February 2011

Nak dijadikan cerita

Selamat pagi..

haduihhhhh.. ntah la apa nak diceritakan pulak kali nih.. ok, idea datang.. kita cerita pasal keluarga aku pula.

Semasa aku menulis ini, aku dah ada dua anak dah sebenarnya. Mungkin ada yang baca entry aku sebelum nih dan sangka Aufa jer sorang permata hati aku. Pada tanggal 18 September 2010, maka dengan izin Allah, lahirlah puteri pertama kami. Nama diberi ialah Firuz Auni Bt Mohamad Azuar yang membawa maksud 'Yang Terindah Lemah Lembutku, Ketenangan, Ketetapanku'.. Hahaha, panjang sikit maksud nama anak perempuan aku nih. Alhamdulillah, Ilah bersalin secara normal pada jam 1am (kalo tak salah aku la). Dan untuk kali kedua jugak aku berada disisi isteri tersayang membantu menyambut kelahiran puteri kami nih.


Jadinya sekarang aku dah ada 2 anak, seorang Putera dan seorang Puteri. Hehehe, masa aku nak bagitau mak ayah aku dan mertua mengenai Ilah pregnant balik, cuak jugak sebabnyer Aufa kecik lagi masa tu. Takut pulak depa kata aku ni gelojoh giler. Hehehe, tapi lantak lah, sebabnya aku percaya itu adalah rezeki yang Allah nak bagi pada kami. Aku rasa aku mampu untuk menanggung hidup kami sekeluarga.

Semasa Ilah mengandung kali nih, banyak jugak cabaran yang kami lalui. Mungkin sebab Aufa pun masih kecil dan tengah aktif masa nih. Tapi Alhamdulillah, berkat kesabaran kami dalam menempuh segala dugaan & rintangan, semua masalah dapat aku ngan Ilah hadapi. Aufa pun dah start boleh terima yang dia bakal menjadi Abang. Setiap masa aku ingatkan Aufa yang dia dah ada adik, tanggungjawab dia makin besar (walaupun dia kecil lagi, aku rasa kena tanamkan sifat tanggungjawab dah) nak kena jaga adik dia tu nanti.

Aufa ni plak skang dah banyak boleh berdikari sendiri. Contoh kalo makan, makan suap sendiri, duduk kat kerusi sendiri. Marah dia kalo kita nak suapkan dia, just kita letak jer apa lauk yang dia nak dalam pinggan dia, dia suap la sendiri nanti. Kalo dia nak susu pulak, pandai dia tarik tangan Mummy dia sampai ke dapur then tunjuk botol susu dia (maknanya dia nak susu la tuh), lepas susu dah siap pandai dia pergi sendiri kat port lepak dia, tarik bantal peluk dia then kami bacakan ajer doa, dia tadahkan tangan. Hmmm.. Kadang-kadang tergelak sendirik jugak bila tengok dia. Satu lagik, kalo bercakap telefon ikut mood dia, kalo mood tengah banyak cakap, siapla sapa yang dia tengah gayut tuh, panjang berjela laporan yang akan disampaikan. Kalo mood dia tak elok, haram sepatah pun tak keluar. Hehehehe..

Auni pulak aritu demam lepas aku balik trip ke Kuala Gandah, Lanchang dengan opismate. Siap satu badan kena ruam. Terlintas dalam kepala kot-kot kena demam campak. Bawa la pergi jumpa doktor. Doktor cakap Auni mungkin kena jangkitan virus yang akhirnya nanti mungkin akan jadi campak. Rupa-rupanya, dia nak meniarap. Elok-elok petang tu, terus dia pusing sendiri badan dia, dan terus berjaya meniarap. Yang menariknyer, kalo baby 4 bulan lebih meniarap, tak der la sampai siap nak angkat2 buntut macam nak merangkak, tapi Auni siap buat macam tu. Terkejut kejap aku ngan Ilah bila melihat.. Subhanallah.. Takkan terus nak merangkak kot.. Hehehe, sayang Auni..

Masa menaip ni, Ilah tengah sambung belajar kat Kolej Sains & Kesihatan Bersekutu, Sg Buloh. Dia amik kos CCN. Aku pun tak ingat CCN tu apa, senang cerita kos tu adalah sambungan untuk subjek jantung. Senang cerita lagik, lepas habis kursus ni, dia boleh la dikatakan expert la bab2 penyakit jantung dan rawatannya. (Sorry la kalo salah interpretation).. So selama 6 bulan ni, Ilah menjadi student sepenuh masa dan belajar di Kolej Sg Buloh. Ada masa & ketika, dia akan ke HKL dan jugak ke Hospital Serdang untuk sesi praktikal. Menarik jugak bila dengar dia cerita pasal apa yang dia belajar. Kadang2 aku la yang menjadi patung dia untuk tunjukkan apa yang dia belajar tu. Secara tak langsung, aku pun belajar sekali. Sebenarnya, bukan senang tu nak belajar masa dah bekeluarga. Banyak tolak ansur yang aku kena bagi kat Ilah. Tapi setakat ni, alhamdulillah semua berjalan lancar.

Okay lah dulu.. Ada masa nanti sambung lain.


No comments: