28 February 2011

Dah habis dah bulan February 2011..

Bertemu lagi..

Sekejap jer kan rasanya, hari ni bulan February 2011 dah berada di pengakhirannya. Macam-macam benda jadik bulan nih especially kat opis nih. Ada yang manis ada yang pahit.

Minggu lepas Aufa demam, sian dia. Pagi dia demam, aku kat opis. Kebetulan tengahari tu Ilah nak balik umah kejap nak susukan si Auni, Ummi telefon bagitau Aufa demam. Kata Ummi sampai Aufa nak main pun tak larat. Aku pulak bukan tak leh balik jer masa tu, cuma ada penghalang untuk aku balik. Sebenarnya politik di opis ni makin hari makin dasyat. Takut aku kadang2 bila tengok orang2 itu bermain politik.

Masa Ilah balik tengahari tu, badan Aufa tengah panas. Demam sungguh la Aufa nih. Ilah bagi makan ubat, tapi habis Aufa muntahkan balik dengan segala isi perut dia. Jadinya, Ilah masukkan ubat melalui lubang juboq dia (kalo tak salah aku nama ubat tu 'Sub'). Pastu Ummi kata Aufa lena lepas masuk ubat tu. Petang tu Ilah amik Aufa dulu sebab nak bawak gi klinik, elok aku sampai jer terus bawak dia ke klinik. Okay jer masa mula2 masuk klinik tuh, tapi masuk jer bilik doktor, melalak2 macam tak pernah jumpa orang. Hehehe, agaknya muka doktor tu tak hensem kot.

Hujung minggu aku habiskan masa dengan keluarga jer. Banyak aktiviti kami buat sama. Sabtu petang, aku ngan Ilah basuh kawasan depan umah, dari balkoni sampai la ke tempat paking kereta. Dia punya berdebu, Ya Allah teruknyer sebab belakang umah aku kawasan lori tanah lalu lalang. Tu yang habis berdebu kawasan umah. Yang paling ketara kereta Wira aku kalo Ilah tak bawak gi keje, habis bertukar kaler hitam tu jadi oren kesan debu pasir tuh. Akhirnya, semalam aku beli la cover kereta wira tu.. Puas hati aku, pasni kalo nak kotor pun cover tu jer, kereta mungkin kurang sikit.

Esok mak ayah aku datang. Depa nak mengerjakan ibadah umrah & ziarah. Kali ni depa pergi Turki plak, rasanya Istanbul jer. Pastu baru ke kota suci Mekah & Madinah. Hmm, hari Rabu ni berlepas jam 10malam lebih tapi nak kena ada kat airport dalam jam 630pm. Aku dah amik cuti separuh hari dah, so dapat la aku menghantar depa ni. Ilah ngan anak2 mungkin ikut sekali. Sure Aufa seronok dapat lari2 kat KLIA. Lama jugak la aku tak ke sana dah. Dulu kalo tak, selang seminggu ke airport. Hehehehe, company dah buat cost cutting, so melepak kat opis jer la aku.

Ok la, got to go.. Nanti sambung lagi..

73 de 9W2ZWA

No comments: