01 July 2011

uish.. dah Julai dah..

Hmmm... Dah masuk bulan Julai dah untuk tahun 2011 nih. Cepat sungguh masa berlalu. So, adakah azam diawal tahun 2011 kita dah hampir tercapai atau sebaliknya. Masih banyak masa lagi untuk mencapainya. Aku doakan semua rakan2, sedara mara aku akan berjaya di dunia malah di akhirat..

Masa menulis ni aku tengah berada di PERMATA, Bangi. Sambil-sambil dok tunggu budak-budak ni dok buat 2 courseware, saja je jari jemari ni nak exercise. Tapi kepala tak der banyak bahan nak menulis. Bantai jer la, janji jari jemari aku tak kaku. Kalo la korang baca ni input dier macam haram, sorilah, jari aku menaip dengan separuh jer kapasiti kepala memikir.

Jap tadik masa sebelum mai PERMATA ni aku gi ke Amcorp Mall kejap. Nak betulkan cermin mata nih, rasa macam longgar sikit plak tadik. Kebetulan Ilah dah selesai exam kat HKL, aku amik la sekali bawak dia jalan-jalan. Sian jugak kat dia, dalam 6 bulan nih dok stress jer sebab amik course CCN. Hanya tinggal beberapa minggu jer nak habis dah belajar dier. Aku sentiasa doakan dier berjaya. Ada gak kami bincang aritu, lepas amik course nih, Ilah nak sambung buat degree plak. Kat UPM katanya, kena 2 tahun, full-time student. Hehehe, kena stay la dia kat hostel kalo dia nak. Aku?? Tak der hal la. Aku akan terus memberi sokongan padu kat Ilah. Dialah nyawa aku dulu, kini & selamanya (Chewahhhh.. Eh betol la ayat aku tuh).

Mulhim Aufa & Firuz Auni pun permata hati aku jugak. Skang dua-dua makin membesar. Aufa dah makin banyak dah buah perkataan dia. Auni plak dok start duduk dan aku rasa tak lama lagik berdiri la tuh. Seronok bila tengok dua beradik ni kalo main. Aufa dengan kedekutnya nak kongsi mainan dier. Aufa pakai prinsip 'mainan Aufa, Aufa punya, mainan Auni, Aufa punya'.. Hehehehehe.. Tapi sayangnya Aufa kat Auni ni, setiap kali Aufa nak baca doa makan, sure Aufa akan sebut 'Auni'.. Maknanya, Aufa nak Auni jugak tadah tangan baca doa. Kalo malam-malam, depa siap tidor sebelah, siap Aufa peluk Auni.. Kadang-kadang kalo Auni nangis, Aufa tepuk belakang Auni. Sayang-sayang jugak si Aufa kat Auni, time nak lepuk, selamba jer lepuk si Auni tuh..

Keje aku skang makin boring. Makin tak der keje aku, yang aku kena buat. Skang dok buat apa yang aku namakan 'Bersihkan Taik Orang'. Orang lain buat keje tak reti nak setel, pass kat aku suh aku setelkan. Dah nak setel, boleh tersengih-sengih nak amik balik. Nak nama la katakan.. Aku tak heran sangat dengan bab-bab nak nama nih, asal aku leh setelkan keje aku sudah. Yang lain-lain aku tak amik port. Semalam celebrate Dewi last day kat PeLSSB. sedih jugak, sebab dia la penyeri opis dengan nada yang tinggi dalam seni gelak ketawa. Hehehehehe.. Apakan daya, since declare company nak tutup, semua buat plan sendirik, masing-masing amik haluan sendirik. Dah kalo CEO dah tak leh nak assure masa depan staff, baik cabut jer. Aku plak, dah banyak hantar resume. Mungkin belom rezeki kot. Aku bukan main hantar jer resume, tapi selective sikit kali nih. Yer la, dah kawin dan ada 2 anak, macam-macam nak kena pikir. Bukan leh buat keje giler macam dulu. Main resign jer. InsyaAllah, ada rezeki nanti.

Hmm, boleh tahan panjang jugak yer jari aku menaip dengan separuh kepala yang memikir apa nak ditaip. Kih kih kih.. Rasanya, takat ni la dulu. Kang pelik plak budak-budak PIPE ni nengok aku dok menaip tak berenti. Sampai jumpa lagik..

Adioz Amigoz.. 73 & 88..

No comments: